Thursday, 19 January 2012

Bab 24: Masyarakat Arab Sebelum Dan Selepas Islam (Ulum Syariah) Tingakatan 1

  1. Jahiliyyah berasal dari perkataan arab JAHALA (جهل) yang bermaksud tidak tahu atau bodoh. Dari  konteks istilah ialah tidak tahu atau sesat dari agama samawi.
  2. Masyarakat arab Jahiliyyah terbahagi kepada dua golongan:
    • Arab Badwi:
      • mereka yang tingga di kawasan kampung atau luar bandar.
      • hidup secara berpindah randah.
      • bekerja sebagai penternak, bercucuk tanam dan merompak.
    • Arab Hadhari:
      • pergaulan luasa dan cintakan kedamaian
      • hidup lebih moden dan teratur.
      • bekerja sebagai peniaga, membuat mangkuk tembaga, baju besi, barang-baranag perhiasan dan membuat perniagaan antarabangsa seperti ke Syam dan Parsi.
3. Bentuk politik masyarakat Arab Badwi dan Arab Hadhari
  • Arab Badwi
    • berasaskan perkauman dan diketuai oleh seorang Syeikh
    • selalu berperang antara satu sama lain
    • kaum yang kuat menguasai yang lemah
  • Arab Hadhari
    • berasaskan satu kuasa iaitu kerajaan pusat
    • mempunyai pelbagai jabatan seperti jabatan kaabah dan sebagainya
    • rakyat taat kepada pemerintah
4. Antara akhlak baik yang diamalkan oleh masyarakat arab jahiliyyah
  • berani di medan perang
  • menepati janji
  • menghormati tetamu
5. Antara akhlak buruk masyarakat jahiliyyah
  • membunuh anak perempuan hidup-hidup
  • wanita menjadi hamba nafsu semata-mata
  • merompak dan membunuh
  • minum arak, berjudi dan berzina
  • menindas golongan yang lemah
6. Agama dan kepercayaan yang diamalkan di kalangan masyarakat jahiliyyah
  • menyembah berhala: Al-Latta, Al-Uzza, Yauq dan sebagainya.
  • Agama Kristian : berasal dari Rom. penganut terdapat di Najran, Yaman, Syiria, Iraq dan kawasan pantai semenanjung arab.
  • Agama Yahudi: bermula pada awal abad pertama masihi semasa pemerintahan Zu Nuwas di Yaman. penganut berada di di semenanjung tanah arab
  • Agama Majusi : menyembah api
  • Agama Hanif: ajaran Nabi Allah Ibrahim
  • Agama menyembah alam matahari, bulan, pokok dan sebagainya
7. kedatangan Islam membaawa rahmat kepada masyarakat jaihiliyyah:
  • amalan dan kepercayaan karut marut terhapus dan berubah kepada mentauhidkan Allah.
  • mengubah akhlak masyarakat yang keji kepada akhlak yang mulia
  • fahaman perkauman yang sempit terhapus dan berubah kepada fahaman persaudaraan sejagat
  • persengketaan dan permusuhan berubah kepada kehidupan aman dan damai
  • penindaan dan penipuan berubah kepada peraturan yang menjadi keadilan.



2 comments:


Get your own Digital Clock