Wednesday, 15 February 2012

perhatian lagi sekali...

baik lah...ustazah harap kamu semua sudah melihat cara-cara berwuduk dengan sempurna kan?
 jadi, ustazah mahu kamu cari:

  1. niat wuduk
  2. doa selepas wuduk
  3. rukun wuduk
  4. perkara sunat wuduk
  5. perkara membatalkan wuduk
kamu salin di dalam kertas dan tulis nama beri kepada ketua kelas masing-masing iaitu kelas 3A, 3K dan 3P kemudian serah pada saya ya...

Mari Belajar Cara Berwuduk...

Mari semua kita tengok bagaimana cara wuduk yang sempurna...Selamat beramal... :)





Perhatian... :)

Assalamulaikum kepada semua anak-anak ustazah kelas 3K, 3A dan 3P.... ok, ustazah harap kamu semua masih ingat dan masih hafal ayat hafazan bagi Tingkatan 1, jadi ustazah mahu dengar ayat hafazan Tingkatan 2 pada minggu hadapan ya....Ustazah akan dengar setiap sorang ya....ustazah harapkan kerajian dan keikhlasan kamu dalam menghafaz ayat al-Quran....Bittaufiq wannajah...Selamat beramal. :)

Tuesday, 14 February 2012

Jom jawab kuiz... :)

Assalamualaikum anak-anak murid ustazah....terima kasih sebab sudi view blog ustazah ya...baik lah, ustazah minta kamu semua untuk menjawab kuiz berdasarkan soalan-soalan di dalam pelajaran 24, 25 dan 26 dalam subjek Pendidikan Islam Tingkatan 1. Pelajaran ini adalah bab Sirah. Mari kita buat soalan kuiz untuk kita lihat kembali samaada kamu semua masih ingat lagi tak pelajaran Tingkatan 1. Jawab dengan cermat....Selamat menjawab.... Sila 'klik' pada link di bawah ini: kuiz

Monday, 13 February 2012

Perhatian (3)

Esok dikehendaki kelas 3P untuk membentangkan hasil tugasan kamu semua ya. diharapkan kamu semua dapat mebentangkan hasil tugasan kamu dengan semangat dan baik. Ustazah menanti kewibawaan kamu sebagai pembentang yang baik. Dan kepada yang mendengar, sila dengar dengan baik dan ustazah mahu kan setiap pembentang akan ada soalan daripada setiap kumpulan yang mendengar. terima kasih.

Perhatian (2)

Kepada semua pelajar ustazah yang di kasihi sekalian, sila siapkan mind-mapping secara berkumpulan berdasarkan tajuk-tajuk yang telah diberi: 1) kumpulan 1: ihsan terhadap binatang 2) kumpulan 2: solat aidil fitri dan aidil adha 3) kumpulan 3: saidatina Fatimah az-Zahrah 4) kumpulan 4: Saidatina Aisyah ilmuwan Islam 3) kumpulan 5: Saidina khalid al-Walid tajuk-tajuk yang telah diberikan hendaklah dibuat dalam bentuk mind mapping dan akan dibentang dalam kelas mengikut kumpulan masing.

Thursday, 19 January 2012

Bab 24: Masyarakat Arab Sebelum Dan Selepas Islam (Ulum Syariah) Tingakatan 1

  1. Jahiliyyah berasal dari perkataan arab JAHALA (جهل) yang bermaksud tidak tahu atau bodoh. Dari  konteks istilah ialah tidak tahu atau sesat dari agama samawi.
  2. Masyarakat arab Jahiliyyah terbahagi kepada dua golongan:
    • Arab Badwi:
      • mereka yang tingga di kawasan kampung atau luar bandar.
      • hidup secara berpindah randah.
      • bekerja sebagai penternak, bercucuk tanam dan merompak.
    • Arab Hadhari:
      • pergaulan luasa dan cintakan kedamaian
      • hidup lebih moden dan teratur.
      • bekerja sebagai peniaga, membuat mangkuk tembaga, baju besi, barang-baranag perhiasan dan membuat perniagaan antarabangsa seperti ke Syam dan Parsi.
3. Bentuk politik masyarakat Arab Badwi dan Arab Hadhari
  • Arab Badwi
    • berasaskan perkauman dan diketuai oleh seorang Syeikh
    • selalu berperang antara satu sama lain
    • kaum yang kuat menguasai yang lemah
  • Arab Hadhari
    • berasaskan satu kuasa iaitu kerajaan pusat
    • mempunyai pelbagai jabatan seperti jabatan kaabah dan sebagainya
    • rakyat taat kepada pemerintah
4. Antara akhlak baik yang diamalkan oleh masyarakat arab jahiliyyah
  • berani di medan perang
  • menepati janji
  • menghormati tetamu
5. Antara akhlak buruk masyarakat jahiliyyah
  • membunuh anak perempuan hidup-hidup
  • wanita menjadi hamba nafsu semata-mata
  • merompak dan membunuh
  • minum arak, berjudi dan berzina
  • menindas golongan yang lemah
6. Agama dan kepercayaan yang diamalkan di kalangan masyarakat jahiliyyah
  • menyembah berhala: Al-Latta, Al-Uzza, Yauq dan sebagainya.
  • Agama Kristian : berasal dari Rom. penganut terdapat di Najran, Yaman, Syiria, Iraq dan kawasan pantai semenanjung arab.
  • Agama Yahudi: bermula pada awal abad pertama masihi semasa pemerintahan Zu Nuwas di Yaman. penganut berada di di semenanjung tanah arab
  • Agama Majusi : menyembah api
  • Agama Hanif: ajaran Nabi Allah Ibrahim
  • Agama menyembah alam matahari, bulan, pokok dan sebagainya
7. kedatangan Islam membaawa rahmat kepada masyarakat jaihiliyyah:
  • amalan dan kepercayaan karut marut terhapus dan berubah kepada mentauhidkan Allah.
  • mengubah akhlak masyarakat yang keji kepada akhlak yang mulia
  • fahaman perkauman yang sempit terhapus dan berubah kepada fahaman persaudaraan sejagat
  • persengketaan dan permusuhan berubah kepada kehidupan aman dan damai
  • penindaan dan penipuan berubah kepada peraturan yang menjadi keadilan.



Perhatian kepada pelajar Tingakatan 3!!! :)

Assalamualaikum pelajar ustzah semua...... :) harap cuti sekolah ini tidak mematahkan semangat kamu untuk terus belajar dan menelaah pelajaran ya... di sini ustazah mahu buat pengumuman untuk kamu bersedia apabila naik cuti sekolah nanti:-

1) buat tugasan dengan menjawab soalan latihan yang ustazah ada edarkan sebelum cuti sekolah. (4 tajuk terawal dalam bab tilawah al-quran Tingakatan 1). Naik sekolah nanti kita bincang jawapan.

2) diminta untuk sediakan wang sebanyak RM4.30 untuk buku latihan topikal Pendidikan Islam

3) Sila baca tajuk Beriman Kepada Rasul (Bab 8) Tingkatan 3. Nanti kita akan bincang di dalam kelas jjika ada apa-apa mushkilah.

4) Naik sekolah nnt pastikan siap mind-mapping ya...semakan akan dibuat nnt... :)


p/s: dan sesiapa yang ada pertanyaan...boleh lah tanya di bahagian komen ya.... dan selalulah view blog ustazah untuk info terkini ya.... :) selamat bercuti dan selamat beramal!!!

Tuesday, 10 January 2012


Get your own Digital Clock