Wednesday, 15 February 2012

perhatian lagi sekali...

baik lah...ustazah harap kamu semua sudah melihat cara-cara berwuduk dengan sempurna kan?
 jadi, ustazah mahu kamu cari:

  1. niat wuduk
  2. doa selepas wuduk
  3. rukun wuduk
  4. perkara sunat wuduk
  5. perkara membatalkan wuduk
kamu salin di dalam kertas dan tulis nama beri kepada ketua kelas masing-masing iaitu kelas 3A, 3K dan 3P kemudian serah pada saya ya...

Mari Belajar Cara Berwuduk...

Mari semua kita tengok bagaimana cara wuduk yang sempurna...Selamat beramal... :)





Perhatian... :)

Assalamulaikum kepada semua anak-anak ustazah kelas 3K, 3A dan 3P.... ok, ustazah harap kamu semua masih ingat dan masih hafal ayat hafazan bagi Tingkatan 1, jadi ustazah mahu dengar ayat hafazan Tingkatan 2 pada minggu hadapan ya....Ustazah akan dengar setiap sorang ya....ustazah harapkan kerajian dan keikhlasan kamu dalam menghafaz ayat al-Quran....Bittaufiq wannajah...Selamat beramal. :)

Tuesday, 14 February 2012

Jom jawab kuiz... :)

Assalamualaikum anak-anak murid ustazah....terima kasih sebab sudi view blog ustazah ya...baik lah, ustazah minta kamu semua untuk menjawab kuiz berdasarkan soalan-soalan di dalam pelajaran 24, 25 dan 26 dalam subjek Pendidikan Islam Tingkatan 1. Pelajaran ini adalah bab Sirah. Mari kita buat soalan kuiz untuk kita lihat kembali samaada kamu semua masih ingat lagi tak pelajaran Tingkatan 1. Jawab dengan cermat....Selamat menjawab.... Sila 'klik' pada link di bawah ini: kuiz

Monday, 13 February 2012

Perhatian (3)

Esok dikehendaki kelas 3P untuk membentangkan hasil tugasan kamu semua ya. diharapkan kamu semua dapat mebentangkan hasil tugasan kamu dengan semangat dan baik. Ustazah menanti kewibawaan kamu sebagai pembentang yang baik. Dan kepada yang mendengar, sila dengar dengan baik dan ustazah mahu kan setiap pembentang akan ada soalan daripada setiap kumpulan yang mendengar. terima kasih.

Perhatian (2)

Kepada semua pelajar ustazah yang di kasihi sekalian, sila siapkan mind-mapping secara berkumpulan berdasarkan tajuk-tajuk yang telah diberi: 1) kumpulan 1: ihsan terhadap binatang 2) kumpulan 2: solat aidil fitri dan aidil adha 3) kumpulan 3: saidatina Fatimah az-Zahrah 4) kumpulan 4: Saidatina Aisyah ilmuwan Islam 3) kumpulan 5: Saidina khalid al-Walid tajuk-tajuk yang telah diberikan hendaklah dibuat dalam bentuk mind mapping dan akan dibentang dalam kelas mengikut kumpulan masing.


Get your own Digital Clock